banner

Interaktif back to homepage

KEUNIKAN LAMAN SOSIAL DDR(0)

Laman sosial facebook  dr rozmey | herba prima marketing kini padat dengan pelbagai info berguna seperti  perkongsian berkenaan tips-tips kesihatan dan  hiburan menarik termasuk gambar-gambar unik dan lucu.

Seiring dengan perubahan laman sosial popular facebook yang berwajah baru, dR Rozmey Group (dRG) turut mengisi ruang di garis masa dengan isian padat mengikut selera pengguna masa kini.

Sebagai syarikat pengeluar produk kesihatan, Datuk Dr Che Rozmey Che Din selaku presiden dRG, bukan sahaja berkongsi tips kesihatan berkenaan produk keluarannya, malah turut menarik golongan remaja menerusi perkongsian gambar-gambar yang unik dan lucu.

Selain itu, kata-kata berunsur keagamaan dan motivasi tidak ketinggalan.

Perubahan ketara ini menyebabkan laman sosial ddr yang dimanfaatkan secara aktif berjaya menarik puluhan ribu ‘like’ hanya dalam masa singkat sahaja.

Layari laman sosial facebook dr rozmey | herba prima marketing untuk mengikuti info menarik, hanya klik link ini https://www.facebook.com/datukdrrozmeyhpm

dR ROZMEY MEGAMALL(0)

dR Rozmey Group (dRG) terkenal dengan perniagaan yang meletakkan platform ICT sebagai medium utama dalam menyampaikan maklumat berkaitan syarikat dan produk selain menggunakan medium itu sebagai landasan secara langsung untuk berhubung dengan penggunanya.

Pelaksanaan pasaraya mega secara online menerusi dR Rozmey Megamall berjaya meraih pendapatan lumayan apabila medium itu ternyata pilihan utama pengguna masa kini yang mementingkan faktor masa kerana dapat mengakses internet tanpa batas waktu, masa dan tempat malah dapat dilakukan dalam tempoh 24 jam sehari.

Presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, beliau sentiasa membuat kajian dari masa ke semasa bagi memastikan perkhidmatan yang dijalankan dapat memudahkan pengguna dan memberi kepuasan.

“ Kita sentiasa membuat penambahbaikan menerusi medium online dR Rozmey Megamall bagi memastikan ianya memenuhi citarasa pengguna supaya lebih memudahkan mereka kerana pelanggan adalah keutamaan dRG.

“ Terbaru, kita telah menambah kaedah pembayaran yang boleh dilakukan oleh pengguna menerusi Paypal untuk memudahkan pengguna membuat pembelian secara online sama ada pengguna Malaysia termasuk luar negara,” katanya.

dR PLACES MEDIUM PENGIKLANAN TERBAIK(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG) melancarkan satu ruangan khas rangkaian pengiklanan iaitu dR Places demi membantu usahawan-usahawan yang ingin memperluaskan empayar bisnes mereka.

Beliau menghasilkan platform online menerusi dR Places adalah bertujuan untuk membantu golongan usahawan mengiklankan bisnes acuan mereka sendiri.

Cara yang begitu mudah untuk melancarkan promosi bisnes yang mereka cipta, segala maklumat mengenai pelan pengiklanan ini boleh di dapati menerusi laman web rasmi dRPlaces www.dRPlaces.com.

LAYARI dR E-Book(0)

Sebuah katalog online yang menyediakan pelbagai info padat mengenai produk dR Rozmey Group (dRG) boleh didapati hanya dengan melayari dR E-Book.

Berkonsepkan ‘Flipping Book’ ianya memberi kemudahan kepada pengguna yang ingin mendapatkan info lanjut berkenaan produk melalui laman web dRG yang tersedia.

Menarik dari dR E-Book adalah pengguna boleh memuat turun dokumen berkenaan secara percuma sahaja dan boleh dicetak.

Layari dR E-Book di http://www.herbaprima.com.my/e-book/index.html

TESTIMONI IDEAL BUKTIKAN KEAJAIBAN PRODUK dRG(0)

Keberkesanan produk dR Rozmey Group (dRG) sering diakui ribuan testimoni yang tampil berkongsi pengalaman selepas penggunaan produk dRG.

Sebelas produk kesihatan dRG telah berjaya membantu kebanyakan pengguna yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan.

Kisah testimoni ini telah dimanfaatkan oleh syarikat dengan menyiarkan kisah-kisah mereka di media cetak termasuk media elektronik.

Setiap minggu, dRG akan menampilkan wajah-wajah testimoni baru yang berkongsi pengalaman sebelum dan selepas penggunaan produk melalui akhbar Metro.

Pengguna yang mempunyai masalah sama seperti testimoni terbabit dapat bertanyakan pengalaman mereka secara terus dengan menghubungi talian testimoni yang turut dilampirkan bersama kisah mereka bagi menarik keyakinan pengguna malah nombor talian penaja testimoni juga turut disediakan.

Layari koleksi keratan akhbar dRG di sini http://herbaprima.com.my/berita/ dan koleksi tetsimoni di sini http://testimoni.herbaprima.com.my/web/mate5.php?domain=herbaprima

IKUTI DDR DI dR MAGAZINE(0)

Layari dR Magazine untuk mendapatkan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din setiap bulan.

Pelbagai info menarik yang dipaparkan dengan input-input berguna telah disajikan untuk tatapan pengguna dRG secara percuma hanya dengan melayari laman web Herba Prima Marketing.

Klik link ini untuk lebih info mengenai dR Magazine http://herbaprima.com.my/drmagazine/

 

 

dR SELEBRITI HIBURAN SENSASI(0)

LAMAN sesawang dR Selebriti merupakan ruangan khas dunia hiburan masa kini yang semakin menjadi kegilaan masyarakat.

Ruangan yang disediakan khas adalah sebagai tatapan untuk pembaca mengetahui kisah artis-artis pujaan mereka.

Gosip dan cerita artis-artis yang menjadikan idola masyarakat turut dimuatkan di dalam ruangan ini berkonsepkan minat mereka.

Selain itu, ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi ataupun mengaibkan seseorang artis itu namun ianya adalah sebagai perkongsian terhadap peminat yang menyokong mereka daripada belakang.

Dunia hiburan yang penuh kontroversi dan gosip sudah menjadi kebiasaan serta suatu tabiat masyarakat kita hari ini.

Akan tetapi dR Selebriti tidak mengetengahkan unsur yang merosakakan populariti seseorang artis itu namun bertindak memberi cadangan yang sepatutnya sekiranya dilihat salah daripada yang sepatutnya.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menerokai laman sesawang dRS serta mengetahui kisah-kisah artis yang diminati untuk perkongsian bersama.

Segala-gala yang menarik menanti anda layari http://drselebriti.drrozmey.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut hiburan terkini serta kisah artis idola anda.

 

SLOT TAJAAN dR GROUP DI IKIM.FM , 2.30 PM (19.4.2011) !!!(2)

Pastikan untuk bersama slot tajaan dR Group untuk mendapatkan info-info produk dan kesihatan daripada presiden dR Group Datuk Dr. Rozmey Che Din yang akan keudara pada jam 2.30 petang(19.04.2011) ini di IKIM.FM

Pastikan anda TIDAK KETINGGALAN

IKIM.FM http://www.ikimfm.my/ikimfm/

ANDA ADA MASALAH KOMPUTER?(0)

JITRA, 4 Mac – “Kami menyediakan perkhidmatan servis komputer yang terbaik untuk masyarakat,” ujar Encik Rashidi Ramli ketika ditemui hari ini.

Pembukaaan IT Solution sejak beberapa bulan lalu dilihat memberangsangkan sambutannya daripada masyarakat khususnya penduduk Jitra, Kedah.

Menurut Ketua Operasi IT Solution dR Rozmey itu, pihak IT Solution yang beroperasi antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan yang mengalami kerosakan komputer.

“Dengan adanya juruteknik yang berpengalaman dalam menguruskan dan mengendalikan permasalahan komputer pihak kami memberikan jaminan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata lagi, kepuasan hati pelanggan menjadi keutamaan pihak dR Rozmey IT Solution dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dalam proses membaikpulih komputer ini.

“Inilah yang selalu dititikberatkan oleh pemiliknya iaitu Datuk Dr Che rozmey Che Din (DDR) dalam melakukan sesuatu perkara di dalam ruangan perniagaan untuk kepentingan bersama bukannya berpihak dsebelah syarikat sahaja.

“Selain itu, peralatan alat-alat ganti komputer dan juga komputer riba juga turut dijual di dR Rozmey IT Solution dengan harga yang berpatutan berbanding kedai perkakasan computer yang lain,”

Pesakit jantung muda meningkat(1)

Ramli dalam usia lewat 30-an sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai ketua pegawai eksekutif untuk sebuah syarikat. Terlalu sibuk hinggalah tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan diri.

Pada suatu pagi, sewaktu Ramli hendak ke pejabat, dia mengalami rasa sakit dada yang amat sangat. Rasa sakit itu menyebabkan dia sukar bernafas dan tiba-tiba pitam.

Apabila Ramli pulih dan sedar semula, dia mendapati dirinya berada di hospital. Apakah yang telah berlaku?

“Ramli, anda telah mengalami serangan jantung . Saya dapati serangan jantung berpunca daripada tabiat merokok anda,” terang doktor.

Kisah Ramli adalah lazim bagi kebanyakan penghidap sakit jantung tetapi belum lagi didiagnosis. Oleh yang demikian, mereka menjalani kehidupan harian tanpa menyedari bahawa mereka sedang menghidap penyakit ini.

Kebanyakan pesakit mungkin dengan secara tiba-tiba diserang dengan gejala-gejala terkejut seperti sesak nafas, sakit dada atau debaran jantung .

Biasanya selepas ini berlaku, barulah mereka bergegas berjumpa doktor dan diberitahu apa yang mereka alami sebenarnya merupakan gejala-gejala sakit jantung.

Sejak akhir-akhir kebanyakan kes jantung turut menyerang orang muda hingga menyebabkan kematian mengejut.

Misalnya, berita kematian pelakon popular, Mohd. Faisal Yusup, 33 yang dipercayai diserang sakit jantung membuatkan orang ramai terfikir, betapa jahatnya penyakit jantung.

Pendek kata, sakit jantung kini tidak lagi berperangai ala-ala gadis sunti yang malu-malu seperti mana pernah dipertontonkannya dahulu.

Ia bukan lagi penyakit pak cik, mak cik. Bukan juga ia menyerang orang-orang kaya sahaja. Sila buang tanggapan anda bahawa ia jarang-jarang membunuh seperti tabiatnya sebelum ini.

Wabak ini juga dikatakan menjadi semakin kerap menyerang golongan muda.

Meningkat

Menurut kajian Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dijalankan Perunding Kardiologi PPUM, Dr. Ahmad SyadiMahmoos Zuhdi, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Hasil kajian juga menunjukkan lebih 95 peratus terdiri daripada lelaki.

Pakar Perunding Kardiologi, Pensyarah Kanan PPUM, Dr. Zul Hilmi Yaakob memberitahu, kajian itu bertujuan membuat perbandingan antara statistik pesakit muda dan tua.

Statistik itu menunjukkan pesakit yang berumur 40 tahun ke bawah meningkat.

“Kebanyakan pesakit mempunyai gaya hidup yang tidak baik termasuk aktif merokok. Pesakit juga tidak tahu bahawa mereka menghidap sakit jantung sehinggalah pemeriksaan dibuat.

Ada juga pesakit menganggap sakit dada sebagai penyakit biasa kerana tidak menyangka ia sebenarnya sakit jantung sebab umur masih muda,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai menjalankan gaya hidup sihat, berhenti merokok dan segera membuat pemeriksaan di bahagian kecemasan hospital jika tiba-tiba mengalami sakit dada.

Sementara itu, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.

Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.

Di Malaysia terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.

Pemeriksaan kesihatan

Terdapat beberapa simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung, antaranya ialah:

* Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.

* Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.

* Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat

* Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada

* Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.

* Kepala berpusing

* Badan lemah serta berpeluh sejuk.

Dr. Zul Hilmi menasihatkan agar mereka yang mempunyai simptom-simptom tersebut supaya tidak membiarkan sehingga ke peringkat yang serius.

“Hampir sebahagian besar pesakit tidak mengendahkan simptom-simptom tersebut dengan alasan ia tidak serius. Apa yang perlu, jika anda mengalami simptom tadi, lakukan pemeriksaan kesihatan segera,” jelasnya.

Bagaimanapun, sikap tersebut merugikan kerana rawatan yang diberikan bergantung kepada tahap serius penyakit yang dihidapi.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories